Apa Yang Saya Buat?
Saya Pemasar Kandungan Digital (Growth & Content Marketer).
Saya mengajar konten creator & bisnes menjana pendapatan online melalui content marketing.
YouTube | Blog | Newsletter | Courses
Bagaimana Saya Mula Buat Konten
Hai, saya Helmi berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Saya graduate dengan kelulusan Kejuruteraan Mekanikal dari University of Wisconsin-Madison, USA, pada tahun 2010.
Saya memulakan kerjaya sebagai Design Engineer didalam industri Oil & Gas di Singapura pada tahun 2010.
Malangnya, akibat krisis minyak pada tahun 2014, saya dibuang kerja dua kali dalam tempoh 6 bulan.
Jadi saya terpaksa pulang ke rumah parents saya di KL. Malangnya masa tu, saya dah terbeli 2 apartment di Malaysia (nak invest la kononnya).
Disebabkan rumah saya di kawasan yang strategik (Bukit Bintang, KL), saya sewakan kepada pelancong asing melalui website Airbnb.
Nasib baik dapat cover mortgage rumah.
Walaupun saya tak ada buat effort marketing apa-apa pun, business Airbnb saya tu mmg membuahkan hasil, sampaikan saya buat full-time & berkembang ke 10 unit studio di kondo yang sama.
Saya menerima beberapa award online daripada Airbnb, Hotels.com & Booking.com.
Berikut adalah beberapa selfie dengan pelanggan Airbnb saya dari merata dunia:
Pada tahun 2020, lockdown COVID menyekat kemasukan pelancong asing.
Tanpa pelancong asing, saya tiada pelanggan dan secara tidak langsung menamatkan business Airbnb saya.
Semasa saya lockdown di dalam bilik tanpa hala tuju, saya bereksperimen dengan idea bisnes baru, seperti membuka car wash.
Tetapi disebabkan saya tak pandai marketing langsung, saya risau bisnes apa pun yang saya cuba next, mesti akan lingkup.
Walaupun tak ada kerja, bil bulanan masih perlu dibayar, jadi saya apply kerja sebagai konten marketer (satu-satunya pekerjaan yang diambil semasa pandemik) dengan Involve Asia, sebuah syarikat affiliate marketing.
Tugas saya ialah mengendalikan semua konten di laman web mereka. Dari situ, saya memperoleh banyak kemahiran Digital Marketing seperti:
- Teknikal SEO
- WordPress development
- UI/UX
- Strategi konten
- Membuat online course
- Menguruskan penulis lain
Saya berkongsi tips digital konten marketing & pembelajaran kewangan saya di blog & saluran YouTube saya.
Ingin belajar bagaimana untuk mula menjana pendapatan online sebagai konten creator? Subscribe newsletter BM saya di bawah: