[DIY D-Seal]: Solusi RM 5 Untuk Menghalang Bunyi Bising Masuk Celah Pintu
Setelah saya membelanjakan banyak wang untuk projek soundproofing pada tingkap apartment studio saya, masih terdapat bunyi LRT yang masuk melalui celah pintu.
Artikel ini akan menunjukkan cara bagaimana saya memasang D-seal pada pintu untuk mengurangkan bunyi bising LRT sebanyak 5 dB.
Pintu Yang Perlu Dipasang D-Seal
Bacaan Decibel Sebelum & Selepas Memasang D-Seal
Purata bacaan dB meter selepas memasang tingkap soundproofing, tetapi sebelum memasang D-seal pada pintu | 38 dB | 45 dB |
Selepas Memasang D-Seal – Bacaan Purata | 35 dB | 40 dB |
Purata Pengurangan Bunyi Dengan D-Seal | -3 dB | -5 dB |
Konklusi: D-seal memang berkesan dan bukannya gimik. Untuk pengurangan bunyi bising LRT pada tahap -5 dB, pada harga D-Seal RM 5 untuk satu pintu, saya rasa ini adalah projek DIY yang mudah dan sangat berbaloi.
Berapa Banyak D-Seal Diperlukan Untuk 1 Pintu?
D-seal dijual di Shopee dalam keadaan melakat 2 selari (berbentuk double-D) berharga lebih kurang RM 5 segulung.
Saya pecahkan double-D menjadi 1 D-seal sepanjang 6m, cukup untuk 1 pintu dan ada lebih sedikit untuk buat baru jika pasang senget masa mula-mula.
Dimana Saya Boleh Beli D-Seal?
Anda boleh dapatkan di Shopee atau Lazada. Paling murah, kalau beli direct dari China, tapi kalau malas nak tunggu, pastikan order dari penjual tempatan: